Assalamualaikum warahmatullah :v
apa khabar agaknye diri aku dan sahabat2 yg membaca.walaupun hakikatnye aku tahu,takde org pun akan bace. yes, la ba'sun. akan ku baca sendiri2. :)
Alhamdulillah, harini dah last day untuk tahun 2012.
esok dah masuk tahun baru.
macam2 dah berlaku tahun ni dalam perjalanan hidup aku.
benda yang buat aku gembira, benda yang buat aku kecewa, benda yang buat menangis, benda yang buat aku tak terkata.
dan Alhamdulillah jugak, aku masih diberi oksigen=nyawa oleh Allah untuk aku terus hidup sihat tahun ni.walaupun Allah ada jugak beri ujian+nikmat sakit untuk aku tahun ni.
harini, 31 Disember 2012,
hari aku dapat result SMU(Sijil Menengah Ugama)
tak disangka2, dengan izin ALLAH, aku dapat capai 9 MUMTAZ dan 1 JAYYID JIDDAN yakni dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.sebenarnye ,aku rasa2 dapat 6-7 MUMTAZ je. tapi, kuasa Allah, siapa tahu,kan ? Always bergantung dengan dia ,k ? selepas usaha habis-habisan. Allahurobbi ! syukur tak terkira. walaupun tak dapat penuh. :)
but, aku still terima.
tahun baru, azam baru ,right ?
apalah azam aku agak2nya? :)
mungkin akan jadi lebih baik, insyaAllah. :)
dan mulai 1 Januari 2013, aku akan senior dan dah jadi budak SPM. :)
yes, SPM.
yang pasti ,kena buat yang terbaik.
belajar untuk menang.belajar untuk Islam. :D
insyaAllah.
salam sayang daripada saya,
Matahari. :)
Monday, 31 December 2012
Wednesday, 5 December 2012
Jihad
Assalamualaikum warahmatullah. :)
apa khabar agaknye iman aku harini ?
oklah, aku nak post gambar yang aku lukis ni je.
yes, ini lukisan saya yang tak seberapa.
tapi, sangat memberi kesan kepada jiwa dan otak saya.
ilham ni datang daripada Allah. Saya fikir tentang kehidupan saya.
*D = Pelajaran.
NAF-C = Jiwa @ Diri
'Akal = Akal ?
saya.
dan, fungsi pedang-pedang tu semua sebenarnya untuk menghapuskan segala benda-benda,perkara-perkara buruk yang ada dalam pelajaran,jiwa saya sendiri dan otak saya.JIHAD !
itu tujuan saya.
oklah, tamat sudah. :)
Wednesday, 14 November 2012
Hijrah
Assalamualaikum wbt.
Salam Maal Hijrah to all Muslimin and Muslimat seluruh dunia. :)
Hijrah , perpindahan .perubahan.
Saya tak tahu nak cakap apa.Tapi,saya ada sesuatu untuk pembaca.
Sesuatu yang saya ambil dari dua orang hamba Allah.
✿Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Untukmu Wahai Mutiara Kehormatan Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ✿
apalah diharapkan dari sekujur tubuh..
andai bergaya dengan fesyen jahiliayah..
katanya, 'Iman itu pada hati, bukan pada pakaian'..
( tidak tahukah ia, bahawa memelihara aurat itu antara
pernyataan Iman terhadap Allah )...
sekujur tubuh menjadi indah dan berharga,♥
bila ia berpakaian Iman dan Taqwa,♥
dan sekeping hatinya Beraqidah Tauhid,♥
~|SaLAm MaAL-HijRaH ^^,|~
::Lepas baca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun::
antum pasanglah azam untuk berhijrah ke arah kebaikan ♥
Berhijrah menjadi hamba yang jauh lebih mulia pada pandangan mata Allah ♥
berhijrah menjadi saudara se Islam yang jauh lebih baik untuk semuanya ♥
berhijrah menjadi manusia yang jauh lebih baik daripada semua segi ringkasnnya kehidupan kita ♥
dan..
"Stiap kali datangnnya TAHUN BARU,
membuat aku RiSAu DaN ReSaH ..
kerana semakin singkat umurku ..
semakin dekat ajalku ..
semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku ..
semakin dekatnya hari penghitunganku .. "
.:|Abu Hurairah r.a |:.
membuat aku RiSAu DaN ReSaH ..
kerana semakin singkat umurku ..
semakin dekat ajalku ..
semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku ..
semakin dekatnya hari penghitunganku .. "
.:|Abu Hurairah r.a |:.
Sahabat,kalau bukan kita yang bermula untuk melakukan perubahan,siapa lagi ?
Ingatlah,
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum,
sehingga mereka mengubah diri mereka
sendiri.
.Ar-Ra'd ayat 11.
ini untuk para sahabat yang disayangi.
before dengar,tutup lagu cerita hati tu dulu na~ :)
Wallahu'alam. :)
MATAHARI.
Saturday, 3 November 2012
=)
Assalamualaikum wbt.
apa khabar agaknya iman dan hati kita harini ?
lama juga tak diupdate blog ni.
Al-maklumlah,sibuk sikit dengan peperiksaan.
Alhamdulillah,24.10.2012,selesai sudah exam .
tarikh keramat.Hari bergembira selepas hampir 2 minggu bertungkus-lumus .
Hari cuti pun kami periksa.Orang lain tengah sedap-sedap tidur,kami kena berjaga awal,nak pergi sekolah.
Tapi, seronok ! :)
Exam tahun ni paling seronok bagi saya.
dengan hujan sebagai rahmatNya,pengawas-pengawas peperiksaan yang baik hati,sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa disisi yang dikurniakan oleh Allah kepada saya dan kami. :)
Segalanya tak terkata.
Harapnya,pemeriksa kertas pun lembut hati dan sentiasa tenang me'right'=menanda kertas periksa kami.
dan dapat capai 10 MUMTAZ dalam SMU 2012. InsyaAllah ~
Tahun depan SPM pula.
bersiap-sedialah dengan segala masa,tenaga dan segala-galanya. :)
Apa-apa pun, go0d Luck kepada semua cal0n SPM 2012 yang akan menghadapi peperiksaan pada 5.11.2012. :)
jawab dengan hati yang tenang.
Usaha anda sudah sampai ke penghujung, jadi,tinggal doa yang banyak dan tawakaltu 'alallah. :)
sampai sini dulu. :)
MATAHARI
Friday, 12 October 2012
Coretan Seterusnya
Assalamualaikum wbt.
IKHLAS
Ikhlas tak semudah disebut,
tak semudah dieja,
tak semudah ditulis. :)
Setiap amalan kita tu,jika diiringi dengan ikhlas,
barulah diterima.
Jika tidak,sia2lah amalan yang kita lakukan selama ini. :)
Jom tengok ,
apa erti ikhlas yang sebenarnya! ^^
sebelum tengok,tutuplah dulu lagu tu,k ?
*exam SMU tak lama lagi saya akan duduki,
tinggal 4 hari lagi.
Doakan saya dapat 10 Mumtaz . ^^
InsyaAllah,habis exam,saya 'menyoret' lagi. :)
MATAHARI,
SiMujahidahCilik
Friday, 21 September 2012
Coretan Keenam
Assalamualaikum wbt.
Sudah baca ayat-ayat cinta daripada Allah ?
Allah jua punya ayat-ayat cinta,tahu ?
tidak hanya manusia.
ayat-ayat cinta Allah itu...cukup indah !
cukup menyenangkan.
cukup menenangkan. ^^
ayat-ayat cinta Allah kepada kita itu , Al-Quran.
Al-Quran al-Karim itu,kalamullah.iaitu kata-kata Allah.Ada banyak kisah dalam al-Quran,kisah yang cukup menarik untuk dibaca,difahami,dihayati dan diamalkan dalam kehidupan kita sebagai manusia sehari-hari.Ada cerita pasal Nabi-nabi yang terdahulu,cerita pasal ashabul kahfi,cerita tentang keindahan dan kenikmatan Syurga,cerita tentang kedahsyatan api neraka dan lain-lain. ^^
AL-Quran itu..cukup menarik!
Orang yang non-muslim pun,bila kaji-kaji tentang Al-Quran,bila diberi hidayah oleh Allah kepada dirinya,pasti dia akan memeluk agama Islam.Hebat ayat-ayat cinta drpd Allah kepada kita tu kan?
Sangatlah rugi bagi siapa-siapa yang tak membacanya,sebab Al-Quran itu boleh jadi peneman kita bila kita dah sampai masa(mati),tahu ? ^^
Sabda Nabi Sollallahu 'Alaihi Wasallam : Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.
Subhanallah !
dan kalau nak tahu, Al-Quran itu salah satu mukjizat terbesar yang Allah wahyukan kepada Nabi kita,Muhammad SAW . :)
jom,baca al-Quran !
siapa tak nak,
dia rugi,
siapa nak,
dia dapat pahala,insyaAllah. ^^
cerita pasal saya pulak, ^^
Saya teringin nak jadi hafizah,yang boleh menghafal al-Quran,yang boleh mengajarkan tentang al-Quran,yang boleh mengamalkan dengan apa yang diajar dalam al-Quran.
Saya teringin nak hafaz 30 juzuk al-Quran macam muslimat yang lain.
tapi,entah ! macam ada sesuatu menganggu.
saya pernah mengajak dua orang sahabat untuk join saya menghafaz al-Quran,
mula-mula,semangat berkobar-kobar untuk menghafaz al-Quran,
tapi,lepas seminggu ,dua..semangat itu hilang.
sedih dan kecewa saya dibuatnya.
tetapi,semangat itu datang kembali.
insyaAllah,saya sedang dalam proses untuk menghafaz al-Quran.
dapat hafaz surah-surah pendek dulu pun,jadilah. ^^
doakan saya yer. terima kasih.
awak,bila lagi,si pembaca ?
jom,kita sama-sama!
Usaha Tangga Kejayaan.
.M.A.T.A.H.A.R.I.
SiMujahidahCilik
Sunday, 16 September 2012
Pinjaman Pertama
Assalamualaikum wbt.
: kata-kata ni,
: kata-kata yang saya pinjam,
: dari seorang saudara.
: kata-kata dia,
: menarik hati saya.
: cuma saya tukar sikit. ^^
Aku lihat muslimat itu.
Dari kejauhan pandanganku.
Aku lihat muslimat itu.
Pandangannya tunduk memaku.
Aku lihat muslimat itu.
Bibirnya sentiasa bergerak laju memuji Tuhan Yang Satu.
Aku lihat muslimat itu.
Sentiasa tunduk membaca kalimah-kalimah Tuhanku.
Aku lihat muslimat itu,
Mengeluarkan suara hanya apabila perlu.
Aku lihat muslimat itu,
Dan benar aku cemburu.
Kerana yang aku mahu,
Muslimat yang aku lihat itu,
Adalah diriku ♥
Dari kejauhan pandanganku.
Aku lihat muslimat itu.
Pandangannya tunduk memaku.
Aku lihat muslimat itu.
Bibirnya sentiasa bergerak laju memuji Tuhan Yang Satu.
Aku lihat muslimat itu.
Sentiasa tunduk membaca kalimah-kalimah Tuhanku.
Aku lihat muslimat itu,
Mengeluarkan suara hanya apabila perlu.
Aku lihat muslimat itu,
Dan benar aku cemburu.
Kerana yang aku mahu,
Muslimat yang aku lihat itu,
Adalah diriku ♥
Allahurabbi !
Sungguh, kata-kata dia menusuk keqalbu ku.sehingga naik ke otak ,dan membuat saya berfikir.
sungguh ,Indah !
sungguh, saya cemburu melihat mereka.
Berharap agar saya dapat menjadi seperti mereka.
Jazakumullahu khairan jaza',saudara.
M.A.T.A.H.A.R.I,
SiMujahidahCilik
Subscribe to:
Posts (Atom)