Friday, 7 September 2012

Coretan Kedua

Assalamualaikum wbt.


: satu cerita tentang saya,
: disekolah tercinta,
: kejadian yang tidak akan dilupakan oleh saya,
: sampai bila-bila.

29 Ogos 2012 (Rabu)

Babak 1 ,

Beberapa orang dhobitoh(pengawas sekolah)mengetuk pintu dan memasuki kelas 4Aisyah1.
Mereka bertemu dengan guru yang sedang mengajar ketika itu,guru matapelajaran Ekonomi Asas.

Saya dan beberapa orang kawan berbisik sesama sendiri,
"Ado spotcheck ko?"
"Jolow bekalih"
Masing-masing sibuk dengan diri mereka sendiri.

Saya : "Aku ado bawok bendo haram dok eh ?serow takd0p" bisik aku kepada diri sendiri.
So, relakslah dan bersabarlah. Risau jugak.

Babak 2,

Para dhobitoh menyuruh kami meletakkan dompet dan jam di atas meja masing-masing dan menyuruh kami ke hadapan kelas.
Kami menurut, termasuk saya.

Dalam kepala saya duk fikir , "Agak2,jam aku tu kena rampas tak eh?Tak kot.Sebab dah hampir 4 tahun dah aku pakai jam tu,takde pulak dhobitoh or ustazah tegur"

Babak 3,

Kami dicheck segala macam pada diri kami sendiri,
kami kena tanggalkan tudung(time tu pintu,tingkap tutup rapat,semua yang ada dalam kelas,semua perempuan,almaklumlah,sekolah semua perempuan),kena tanggalkan kasut dan stokin.
Kami menurut.
Bila selesai,kami kena duduk dibelakang kelas.

Babak 4,

Saya melihat seorang dhobitoh menge'cek' dalam beg,bawah meja saya.dan cek jam kat atas meja saya tu.Saya dah risau sebab dhobitoh tu duk tengok2 jam saya,kemudian,dia memanggil seorang dhobitoh yang lain sama ada jam itu perlu dirampas atau tidak.
Saya dah mula risau, "Jam aku kena rampas ke,jam aku nak kena rampas ke ?"

Dhobitoh itu mengangguk,tanda jam aku harus dirampas.

Saya hampir nak menangis.Dalam kepala duk soal ,"kenapa tiba2 jam ni kena rampas pulak ?dah lama dah aku pakai jam ni"

Babak 5,

Selepas lebih kurang 45 minit, para dhobitoh itu keluar untuk membawa barang2 'rampasan' ke unit disiplin.
Saya tak dapat nak menahan diri lagi,lalu ke tandas dan menangis sekuat hati.
Tenangkan diri sendiri,Sabarlah duhai hati.
'Macammane aku nak cakap kat mak,kakak2 dan abang2 aku nanti...'
dan menangis lagi..


Balik rumah,
saya menceritakan segala-galanya kepada mak ,abang dan kakak2ku.
Mereka bertanya saya, "Macammane boleh kena rampas pulak?Dah 4 tahun dah awak pakai jam tu kan?Esok pergi mintak !!"
Saya, "Mana orang tahu..."


Setiap hari mak,kakak dan abang ku bertanya, 'dah dapat ke belum jam tu ?'
Saya diam.
"Kalau tak dapat lagi esok,orang(abang dan kakakku)pergi sekolah minta balik jam tu"
"Tak payahlah ! Awak orang duk tanya pasal jam tu,lagi la orang tertekan ! "
Geram.

Seminggu selepas tu, 5 September 2012(Rabu)
saya memberanikan diri untuk ke unit disiplin berjumpa dengan ustazah.Ada seorang sahabat sekelas saya menemani saya.

Saya,"Ustazah,saya nak minta balik jam saya yang kena rampas haritu ,boleh tak ?"
Ustazah, "Bakpo boleh kena rampas pulok?Biasanya kalu barang hok kena rampas,tak boleh pulangkan smula.."
Saya, "Jam saya tu mungkin besar skit daripada 50 sen,tapi,saya dah pakai jam tu hampir 4 tahun,ustazah..takdop orang pernah tegur pun"
Ustazah, "Tak boleh ."
Saya , hampir menangis.
Ustazah,"Erm,takpolah masuk dulu,nati nak tengok setara mano jam awk tu"
Saya dan ustazah masuk ke bilik unit disiplin.
Ustazah, "Erm,tak besar mano jam awak ni..besar jam orang lain lagi.Takpolah,ambiklah jam ni" .Ustazah menghulurkan jam kesayangan saya itu.
Saya,"Betul ke ni ustazah? terima kasih"
Ustazah, "Hom."
Saya pun dengan hati yang gembiranya pulang semula kekelas dengan membawa jam kesayangan saya itu.
Alhamdulillah.

Apabila pulang ke kelas, saya pergi mengambil wudhu' untuk solat Zohor.
Usai solat, air mata tak dapat lagi ditahan.
mengalir membasahi pipi.
Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah.
Jam aku dapat kembali. :)


#Saya serik dah nak pakai jam tu ke sekolah.
Jam kesayangan saya,hadiah daripada abang saya.Hadiah dapat 4A1B mungkin dalam UPSR.
#Saya tak nak langgar peraturan sekolah.Saya takut.Peraturan Allah,lagi saya takut nak langgar.
#Setiap kejadian tu,pasti ada hikmahnya.
#Dia...mengajar aku erti kesabaran dan tawakal kepada Dia.

terima kasih,Ya Allah.

*gambar jam,nanti saya taruk,insyaAllah. :)


M.A.T.A.H.A.R.I,
MujahidahCilik.



No comments:

Post a Comment