Sunday, 9 September 2012

Coretan Ketiga

Assalamualaikum wbt.


: hidup kita sentiasa berjalan,
: kita merancang untuk masa hadapan,
: tapi,segala-galanya,Allah yang menentukan.


Saya dilahirkan,
dibesarkan,
di hospital.
di rumah.
di Bentong,Pahang.
dijaga,diasuh,dan dididik.

bermula sesi persekolahan pada umur 5 tahun ---> Tabika Kemas
6 tahun ---> Tadika Perpaduan

makin lama,makin meningkat umur kita.
darjah 1-5 setengah ---> Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu.
Kelas Fardhu Ain(KAFA) ---> di salah sebuah taman perumahan yang saya tinggal.
di kelas ini lah ,saya belajar agama.disini saya mengaji,disini saya mengenal feqah,bahasa arab,tauhid,sirah dan segala-galanya.disini,otak saya sudah mula bergerak,berfikir tentang kejadian manusia,kejadian alam.
Ya ! disinilah.

yang sedihnya..
saya terpaksa mengikuti keluarga berpindah ke Kelantan.
Saya meninggalkan sahabat-sahabat saya yang tercinta,saya meninggalkan sekolah saya,saya meninggalkan kelas KAFA saya.
Cuma,ada dua benda yang saya tak tinggal, kenangan dan ilmu yang saya ada disana.sentiasa dikepala dan dihati.

darjah 5 setengah-6 ---> Sekolah Kebangsaan Redang.
biasa kena buli,kena ejek,sebab tak berapa pandai nak cakap Kelantan.
teringat masa mula-mula masuk sekolah,ada seorang sahabat seperjuangan(lelaki) mengikuti saya .Masa tu,saya berjalan kaki untuk pulang ke rumah yang mengambil masa hampir 30-35 minit.
(Tersenyum seorang diri)
disini ,saya meneruskan pengajian saya mengenai agama.bahasa arab,al-quran,sirah,feqah dan sebagainya.
semasa darjah 5, ada peperiksaan agama yang dipanggil UPKK.
Alhamdulillah, saya berjaya dapat 8A daripada 8 madah(subjek).
Serius,macam tak percaya .

umur semakin meningkat,
berakhirnya zaman sekolah rendah saya dengan berakhirnya peperiksaan UPSR.
Alhamdulillah,saya berjaya mendapat 4A1B.

Sesi pengenalan Maahad Muhammadi Perempuan.
"Maahad Muhammadi Perempuan ?apakah?dimanakah?tak pernah kenal dan dengar pun.,"soal saya kepada diri sendiri. :)

Nak masuk sekolah ni,punyalah susah.
UPSR,sekurang-kurangnya 4A1B.
kena beli borang.
kena isi borang.
kena temuduga(ujian lisan dan bertulis)

pertama kali menjejak kaki di sekolah itu,
'Subhanallah ! sekolah ke apa ni ?"dengan menggeletar tangan,saya kuatkan diri,dan saya melangkah kaki masuk ke tempat ujian.
ujian lisan, disoal tentang tajwid,kena baca al-Quran,kena baca jawi.
ujian bertulis, macam-macam ditanya nye. :)

Alhamdulillah,akhir tahun 2008,dapat tahu result siapa yang layak masuk MMP untuk sesi 2009.dan,Alhamdulillah,saya salah seorang insan terpilih untuk menuntut ilmu dibumi Maahad.

kelas,
2009 ---> 1 Perdagangan 5 dengan keputusan peperiksaan akhir tahun 13A 4B 4C.
2010 ---> 2 Ekonomi 4 . Saya menduduki peperiksaan PMRU.Alhamdulillah, 10A .
nak tahu ?tahun ini(2010) adalah tahun terakhir adanya peperiksaan PMRU. :)
2011 ---> 3 Khadijah 4 . Peperiksaan penentuan,PMR. Alhamdulillah,saya mendapat 8A 1B.
sekarang, 2012 ---> 4 Aisyah 1 ,bakal mengambil peperiksaan SMU.
nak tahu ? kalau ambil SMU ni,tak payah pergi kursus kahwin. :)
insyaAllah, 10 Mumtaz (angan-angan dan impian)
tahun depan,2013 ---> SPM :)

Ya ! dibumi Maahad, saya mengenal erti ukhuwah Islamiah,mengenal erti usrah,mengenal erti tarbiyah,dakwah dan segala-galanya.





                                                                        


Itulah.perjalanan persekolahan saya,yang termasuk dalam perjalanan hidup saya. :)

Tuntut ilmu itu wajib,kan ?
Jadi,rajin-rajinlah.
dan orang yang menuntut ilmu tu,akan sentiasa didoakan Malaikat dan akan dipermudahkan jalannya menuju keJannahNya.

Wallahu'alam.

M.A.T.A.H.A.R.I,
SiMujahidahCilik.

No comments:

Post a Comment