"Andai terpaksa berhubung dengan bukan mahram gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti : sedihnya:, :senyum:, hihi, hikhik. Seolah-olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah."
: entah dari mana saya baca,
: membuat saya sedar,
: sampai bila-bila.
Ambil pistol,tembak diri sendiri,
Alhamdulillah,Allah masih beri saya hidup kat bumi Dia ini,sebab saya hanya menggunakan pistol air yang membuat saya sedar.
Ayat tu menjadi pegangan saya.
Ayat tu memang kena dengan diri saya.
Ya ! semua orang pernah duduk dalam keadaan 'jahil'.
termasuk diri saya sendiri.
tapi,setiap orang jugak ada hak dan kemampuan dan keinginan dan see more untuk berubah.kan ?
termasuk diri saya sendiri.
perubahan saya,mungkin sedikit dan tak perasan dek orang lain.
bagi saya,
muslimat dan muslimin kena pandai jaga batas pergaulan dia.
satu cerita,
saya pernah ada sahabat lelaki,
dia..cukup baik dengan saya dulu.
saya bercerita dengan dia(tapi,tak pernah cakap mulut ke mulut),saya pernah bergurau dengan dia,selalu mesej dia.
tapi,itu dulu.
sejak saya baca ayat yang kat atas sekali tu,
saya mula berubah sedikir demi sedikit.
" no more chit-chat,no more messaging,no more joking,no more and no more with 'syabab' "
cuma,kadang-kadang,saya ada mesej mereka.
hanya bertanya khabar dan kata-kata nasihat untuk mengingatkan mereka.
tiada niat lain. kerana mereka pernah jadi sahabat saya sampai sekarang.
ya ! dulu saya 'jahil' sampai sekarang.
dan dengan kejahilan saya tu,membuat saya berusaha untuk belajar dan terus belajar.
kata ustaz ,
"semakin kita belajar,semakin kita jahil,tapi,dalam kejahilan itulah ada ilmu"
kata ustaz lain pula,
"kalau nak berubah,mesti ada tiga perkara,
ilmu,
kemahuan,
dan kemampuan"
kalau ada semua tu, berusahalah untuk berubah menjadi lebih baik.
boleh si penulis dan...
anda, si pembaca ?
JOM ! insyaAllah. ^^
M.A.T.A.H.A.R.I,
SiMujahidahCilik
No comments:
Post a Comment