Tuesday, 11 September 2012

Coretan Keempat


Assalamualaikum wbt.


: kami berkongsi cerita,
: bersama-sama.
: suka dan duka,
: masih tetap bersama.


11 Sepetember 2012 (Selasa)

Di suatu kelas yang bernama 4 Aisyah 1,
terdapat beberapa orang pelajar kelas itu sedang berbual-bual,berkongsi cerita.
Saya juga termasuk dalam perbualan tu. <--- Ayat skema ? :)

Kami bercerita tentang... mati !
Tajuk 'hot' ! So,tertarik hati saya untuk dijadikan cerita dalam blog ni.

Sahabat seperjuangan saya baru kehilangan seorang nenek.
Kita kata apa bila ada musibah?
Innalillahi wainna ilaihi raji'un.
Ya !
dia bercerita dari mula dia dapat dapat berita nenek di masuk hospital sampai habis.
-sebak rasanye,teringat my ayah tercinta-
.the end.tak mau cerita apa yang kami bercerita.

Cuma nak beritahu...

Mati tu,tak kira usia,tak kira waktu,tak kira pangkat or darjat kita setinggi mana dan see more(ayat orang).
Mati tu bila-bila masa je boleh jadi.Allah ada kuasa untuk menarik nyawa-nyawa hamba-hambaNya.
Mati tu,tak boleh dipercepatkan dan tidak akan dilambatkan.Melainkan dengan izin Allah.
Mati tu...PASTI !

Firman Allah SWT : Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati.

Teringat saya lagu Wali Band :

Ingat mati,ingat sakit,
ingatlah saat kau sulit,
ingat-ingat hidup cuma satu kali.
Berapa dosa kau buat,
berapa kali maksiat,
ingat-ingat sobat(sahabat) ingatlah akhirat,
cepat ucap Astaghfirullahal'Azim.

kalau tak silap saya,saya ada teringat satu kata-kata,
'Orang yang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati' :)

Satu cerita saya bawa, saya baca difacebook. ^^

Dialog dua beradik di atas perkuburan.

Abg Ngah: "Abg Long, nape menung sedih tgk kubur arwah ayah ni. Dah 10 tahun dah arwah pergi. Dahlah tu sedih². Yang lepas tu lepas. Life goes on."

Abg Long: "Ni kubur aku."

Abg Ngah: "Ha, ni kubur arwah ayah la. Ko jangan cakap camni, seram lak aku rasa."

Abg Long: "Kubur, walaupun ada nama orang lain pun. Itulah kubur aku."

Abg Ngah: "Ha?"

Abg Long: "Hm, tidak ada beza nama siapa yang tertera pada batu nisan. Aku mati di mana-mana pun, aku akan masuk dalam alam kubur. Kalau ni kubur arwah ayah, ini juga kubur aku. Aku juga akan berada dalam tu bila aku mati. Kau pun sama."

Abg Ngah: "Hmmmm..habis nape menung sedih amat nampak?"

Abg Long: "Aku sedih sebab aku bukan pejuang. Pejuang dekat Syria maut terus dpt syahid, terus gerenti syurga. Tapi aku?"

Abg Ngah: "Hmm...."

Abg Long: "Dahlah jom balik. Esok kita dtg lagi."

Abg Ngah: "Dtg lagi esok? Ades.."

Abg Long: "Hati aku masih keras lagi. Hati keras boleh dilembutkan dengan dtg ke kuburan."

Abg Ngah: "Ngarutlah...hati keras, pergi baca Quran lah."

Abg Long: "Memang, itu salah satu cara. Tapi ni pun cara efektif gak. Nabi SAW bersabda mengenai ziarah kubur: "...sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat.."

Abg Ngah: "Orait..esok kita dtg lagi kalo panjang umur. Kalau tak, esok kita datang sebagai jenazah. Terus masuk dalam ni. hehe.."

Abg Long: "Insya-Allah. Kita semua bakal jenazah. Jodoh kita dengan mati adalah pasti. Dah, jom."

Abg Long dan Abg Ngah melangkah keluar dari pagar kuburan. Tiba-tiba sebuah kereta Proton Myvi meluru ke arah mereka. Abg Long dan Abg Ngah tercampak. Abg Long terperosok di bawah kereta. Abg Ngah terpelanting digilis van kayu di belakang Myvi.

Innalillah.

Tak sempat esok, selepas Zohor hari itu Abg Long dan Abg Ngah selesai berada di dalam perut kubur. Dalam satu liang lahad. Tiada beza kubur nama siapa. Ianya tetaplah kubur.

Abg Ngah: "Abg Long..gelapnya.."




-Syabab Musafir Kasih-

macammane cerita ni, ? :)


Persoalannya sekarang, jeng3....?

Adakah kita bersedia untuk mati?
dan apa persediaan dan bekalan kita untuk dibawa ke dalam kubur,ke akhirat sana?
-banyak dah ke kita buat ibadat ? ikhlas ke tak ? kita buat ibadat untuk apa ?-

Tanya diri kita.saya tanya diri saya.pembaca tanya diri pembaca.Sekarang !
Saya tinggalkan persoalan itu kepada diri pembaca dan penulis ini sendiri.





Ya Allah,matikanlah kami dalam keadaan husnul khotimah(pengakhiran yang baik) dan janganlah matikan kami dalam keadaan su'ul khotimah(pengakhiran yang buruk).
Ameen.




M.A.T.A.H.A.R.I,
SiMujahidahCilik








No comments:

Post a Comment