Friday, 21 September 2012

Coretan Keenam


Assalamualaikum wbt.


Sudah baca ayat-ayat cinta daripada Allah ?
Allah jua punya ayat-ayat cinta,tahu ?
tidak hanya manusia.
ayat-ayat cinta Allah itu...cukup indah !
cukup menyenangkan.
cukup menenangkan. ^^

ayat-ayat cinta Allah kepada kita itu , Al-Quran.


Al-Quran al-Karim itu,kalamullah.iaitu kata-kata Allah.Ada banyak kisah dalam al-Quran,kisah yang cukup menarik untuk dibaca,difahami,dihayati dan diamalkan dalam kehidupan kita sebagai manusia sehari-hari.Ada cerita pasal Nabi-nabi yang terdahulu,cerita pasal ashabul kahfi,cerita tentang keindahan dan kenikmatan Syurga,cerita tentang kedahsyatan api neraka dan lain-lain. ^^
AL-Quran itu..cukup menarik!
Orang yang non-muslim pun,bila kaji-kaji tentang Al-Quran,bila diberi hidayah oleh Allah kepada dirinya,pasti dia akan memeluk agama Islam.Hebat ayat-ayat cinta drpd Allah kepada kita tu kan?

Sangatlah rugi bagi siapa-siapa yang tak membacanya,sebab Al-Quran itu boleh jadi peneman kita bila kita dah sampai masa(mati),tahu ? ^^
Sabda Nabi Sollallahu 'Alaihi Wasallam : Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.
Subhanallah !

dan kalau nak tahu, Al-Quran itu salah satu mukjizat terbesar yang  Allah wahyukan kepada Nabi kita,Muhammad SAW . :)

jom,baca al-Quran !
siapa tak nak,
dia rugi,
siapa nak,
dia dapat pahala,insyaAllah. ^^

cerita pasal saya pulak, ^^
Saya teringin nak jadi hafizah,yang boleh menghafal al-Quran,yang boleh mengajarkan tentang al-Quran,yang boleh mengamalkan dengan apa yang diajar dalam al-Quran.
Saya teringin nak hafaz 30 juzuk al-Quran macam muslimat yang lain.
tapi,entah ! macam ada sesuatu menganggu.
saya pernah mengajak dua orang sahabat untuk join saya menghafaz al-Quran,
mula-mula,semangat berkobar-kobar untuk menghafaz al-Quran,
tapi,lepas seminggu ,dua..semangat itu hilang.
sedih dan kecewa saya dibuatnya.

tetapi,semangat itu datang kembali.
insyaAllah,saya sedang dalam proses untuk menghafaz al-Quran.
dapat hafaz surah-surah pendek dulu pun,jadilah. ^^
doakan saya yer. terima kasih. 


awak,bila lagi,si pembaca ?
jom,kita sama-sama! 
Usaha Tangga Kejayaan. 

.M.A.T.A.H.A.R.I.
SiMujahidahCilik



Sunday, 16 September 2012

Pinjaman Pertama


Assalamualaikum wbt.

: kata-kata ni,
: kata-kata yang saya pinjam,
: dari seorang saudara.
: kata-kata dia,
: menarik hati saya.
: cuma saya tukar sikit. ^^



Aku lihat muslimat itu.
Dari kejauhan pandanganku.

Aku lihat muslimat itu.
Pandangannya tunduk memaku.

Aku lihat muslimat itu.
Bibirnya sentiasa bergerak laju memuji Tuhan Yang Satu.

Aku lihat muslimat itu.
Sentiasa tunduk membaca kalimah-kalimah Tuhanku.

Aku lihat muslimat itu,
Mengeluarkan suara hanya apabila perlu.

Aku lihat muslimat itu,
Dan benar aku cemburu.

Kerana yang aku mahu,
Muslimat yang aku lihat itu,
Adalah diriku ♥





Allahurabbi !
Sungguh, kata-kata dia menusuk keqalbu ku.sehingga naik ke otak ,dan membuat saya berfikir.
sungguh ,Indah !
sungguh, saya cemburu melihat mereka.

Berharap agar saya dapat menjadi seperti mereka.

Jazakumullahu khairan jaza',saudara.



M.A.T.A.H.A.R.I,
SiMujahidahCilik


Friday, 14 September 2012

Rompakan Keempat

Assalamualaikum wbt.

‎"Andai terpaksa berhubung dengan bukan mahram gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti : sedihnya:, :senyum:, hihi, hikhik. Seolah-olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah."



: entah dari mana saya baca,

: membuat saya sedar,
: sampai bila-bila.


Ambil pistol,tembak diri sendiri,

Alhamdulillah,Allah masih beri saya hidup kat bumi Dia ini,sebab saya hanya menggunakan pistol air yang membuat saya sedar.



Ayat tu menjadi pegangan saya.

Ayat tu memang kena dengan diri saya.

Ya ! semua orang pernah duduk dalam keadaan 'jahil'.

termasuk diri saya sendiri.
tapi,setiap orang jugak ada hak dan kemampuan dan keinginan dan see more untuk berubah.kan ?
termasuk diri saya sendiri.

perubahan saya,mungkin sedikit dan tak perasan dek orang lain.


bagi saya,

muslimat dan muslimin kena pandai jaga batas pergaulan dia.

satu cerita,


saya pernah ada sahabat lelaki,

dia..cukup baik dengan saya dulu.
saya bercerita dengan dia(tapi,tak pernah cakap mulut ke mulut),saya pernah bergurau dengan dia,selalu mesej dia.
tapi,itu dulu.

sejak saya baca ayat yang kat atas sekali tu,

saya mula berubah sedikir demi sedikit.

" no more chit-chat,no more messaging,no more joking,no more and no more with 'syabab' "


cuma,kadang-kadang,saya ada mesej mereka.

hanya bertanya khabar dan kata-kata nasihat untuk mengingatkan mereka.
tiada niat lain. kerana mereka pernah jadi sahabat saya sampai sekarang.


ya ! dulu saya 'jahil' sampai sekarang.

dan dengan kejahilan saya tu,membuat saya berusaha untuk belajar dan terus belajar.

kata ustaz ,

 "semakin kita belajar,semakin kita jahil,tapi,dalam kejahilan itulah ada ilmu"



kata ustaz lain pula,

"kalau nak berubah,mesti ada tiga perkara, 
ilmu,
kemahuan,
dan kemampuan"

kalau ada semua tu, berusahalah untuk berubah menjadi lebih baik.

boleh si penulis dan...
anda, si pembaca ?
JOM ! insyaAllah. ^^









M.A.T.A.H.A.R.I,
SiMujahidahCilik



Tuesday, 11 September 2012

Coretan Keempat


Assalamualaikum wbt.


: kami berkongsi cerita,
: bersama-sama.
: suka dan duka,
: masih tetap bersama.


11 Sepetember 2012 (Selasa)

Di suatu kelas yang bernama 4 Aisyah 1,
terdapat beberapa orang pelajar kelas itu sedang berbual-bual,berkongsi cerita.
Saya juga termasuk dalam perbualan tu. <--- Ayat skema ? :)

Kami bercerita tentang... mati !
Tajuk 'hot' ! So,tertarik hati saya untuk dijadikan cerita dalam blog ni.

Sahabat seperjuangan saya baru kehilangan seorang nenek.
Kita kata apa bila ada musibah?
Innalillahi wainna ilaihi raji'un.
Ya !
dia bercerita dari mula dia dapat dapat berita nenek di masuk hospital sampai habis.
-sebak rasanye,teringat my ayah tercinta-
.the end.tak mau cerita apa yang kami bercerita.

Cuma nak beritahu...

Mati tu,tak kira usia,tak kira waktu,tak kira pangkat or darjat kita setinggi mana dan see more(ayat orang).
Mati tu bila-bila masa je boleh jadi.Allah ada kuasa untuk menarik nyawa-nyawa hamba-hambaNya.
Mati tu,tak boleh dipercepatkan dan tidak akan dilambatkan.Melainkan dengan izin Allah.
Mati tu...PASTI !

Firman Allah SWT : Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati.

Teringat saya lagu Wali Band :

Ingat mati,ingat sakit,
ingatlah saat kau sulit,
ingat-ingat hidup cuma satu kali.
Berapa dosa kau buat,
berapa kali maksiat,
ingat-ingat sobat(sahabat) ingatlah akhirat,
cepat ucap Astaghfirullahal'Azim.

kalau tak silap saya,saya ada teringat satu kata-kata,
'Orang yang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati' :)

Satu cerita saya bawa, saya baca difacebook. ^^

Dialog dua beradik di atas perkuburan.

Abg Ngah: "Abg Long, nape menung sedih tgk kubur arwah ayah ni. Dah 10 tahun dah arwah pergi. Dahlah tu sedih². Yang lepas tu lepas. Life goes on."

Abg Long: "Ni kubur aku."

Abg Ngah: "Ha, ni kubur arwah ayah la. Ko jangan cakap camni, seram lak aku rasa."

Abg Long: "Kubur, walaupun ada nama orang lain pun. Itulah kubur aku."

Abg Ngah: "Ha?"

Abg Long: "Hm, tidak ada beza nama siapa yang tertera pada batu nisan. Aku mati di mana-mana pun, aku akan masuk dalam alam kubur. Kalau ni kubur arwah ayah, ini juga kubur aku. Aku juga akan berada dalam tu bila aku mati. Kau pun sama."

Abg Ngah: "Hmmmm..habis nape menung sedih amat nampak?"

Abg Long: "Aku sedih sebab aku bukan pejuang. Pejuang dekat Syria maut terus dpt syahid, terus gerenti syurga. Tapi aku?"

Abg Ngah: "Hmm...."

Abg Long: "Dahlah jom balik. Esok kita dtg lagi."

Abg Ngah: "Dtg lagi esok? Ades.."

Abg Long: "Hati aku masih keras lagi. Hati keras boleh dilembutkan dengan dtg ke kuburan."

Abg Ngah: "Ngarutlah...hati keras, pergi baca Quran lah."

Abg Long: "Memang, itu salah satu cara. Tapi ni pun cara efektif gak. Nabi SAW bersabda mengenai ziarah kubur: "...sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat.."

Abg Ngah: "Orait..esok kita dtg lagi kalo panjang umur. Kalau tak, esok kita datang sebagai jenazah. Terus masuk dalam ni. hehe.."

Abg Long: "Insya-Allah. Kita semua bakal jenazah. Jodoh kita dengan mati adalah pasti. Dah, jom."

Abg Long dan Abg Ngah melangkah keluar dari pagar kuburan. Tiba-tiba sebuah kereta Proton Myvi meluru ke arah mereka. Abg Long dan Abg Ngah tercampak. Abg Long terperosok di bawah kereta. Abg Ngah terpelanting digilis van kayu di belakang Myvi.

Innalillah.

Tak sempat esok, selepas Zohor hari itu Abg Long dan Abg Ngah selesai berada di dalam perut kubur. Dalam satu liang lahad. Tiada beza kubur nama siapa. Ianya tetaplah kubur.

Abg Ngah: "Abg Long..gelapnya.."




-Syabab Musafir Kasih-

macammane cerita ni, ? :)


Persoalannya sekarang, jeng3....?

Adakah kita bersedia untuk mati?
dan apa persediaan dan bekalan kita untuk dibawa ke dalam kubur,ke akhirat sana?
-banyak dah ke kita buat ibadat ? ikhlas ke tak ? kita buat ibadat untuk apa ?-

Tanya diri kita.saya tanya diri saya.pembaca tanya diri pembaca.Sekarang !
Saya tinggalkan persoalan itu kepada diri pembaca dan penulis ini sendiri.





Ya Allah,matikanlah kami dalam keadaan husnul khotimah(pengakhiran yang baik) dan janganlah matikan kami dalam keadaan su'ul khotimah(pengakhiran yang buruk).
Ameen.




M.A.T.A.H.A.R.I,
SiMujahidahCilik








Sunday, 9 September 2012

Coretan Ketiga

Assalamualaikum wbt.


: hidup kita sentiasa berjalan,
: kita merancang untuk masa hadapan,
: tapi,segala-galanya,Allah yang menentukan.


Saya dilahirkan,
dibesarkan,
di hospital.
di rumah.
di Bentong,Pahang.
dijaga,diasuh,dan dididik.

bermula sesi persekolahan pada umur 5 tahun ---> Tabika Kemas
6 tahun ---> Tadika Perpaduan

makin lama,makin meningkat umur kita.
darjah 1-5 setengah ---> Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu.
Kelas Fardhu Ain(KAFA) ---> di salah sebuah taman perumahan yang saya tinggal.
di kelas ini lah ,saya belajar agama.disini saya mengaji,disini saya mengenal feqah,bahasa arab,tauhid,sirah dan segala-galanya.disini,otak saya sudah mula bergerak,berfikir tentang kejadian manusia,kejadian alam.
Ya ! disinilah.

yang sedihnya..
saya terpaksa mengikuti keluarga berpindah ke Kelantan.
Saya meninggalkan sahabat-sahabat saya yang tercinta,saya meninggalkan sekolah saya,saya meninggalkan kelas KAFA saya.
Cuma,ada dua benda yang saya tak tinggal, kenangan dan ilmu yang saya ada disana.sentiasa dikepala dan dihati.

darjah 5 setengah-6 ---> Sekolah Kebangsaan Redang.
biasa kena buli,kena ejek,sebab tak berapa pandai nak cakap Kelantan.
teringat masa mula-mula masuk sekolah,ada seorang sahabat seperjuangan(lelaki) mengikuti saya .Masa tu,saya berjalan kaki untuk pulang ke rumah yang mengambil masa hampir 30-35 minit.
(Tersenyum seorang diri)
disini ,saya meneruskan pengajian saya mengenai agama.bahasa arab,al-quran,sirah,feqah dan sebagainya.
semasa darjah 5, ada peperiksaan agama yang dipanggil UPKK.
Alhamdulillah, saya berjaya dapat 8A daripada 8 madah(subjek).
Serius,macam tak percaya .

umur semakin meningkat,
berakhirnya zaman sekolah rendah saya dengan berakhirnya peperiksaan UPSR.
Alhamdulillah,saya berjaya mendapat 4A1B.

Sesi pengenalan Maahad Muhammadi Perempuan.
"Maahad Muhammadi Perempuan ?apakah?dimanakah?tak pernah kenal dan dengar pun.,"soal saya kepada diri sendiri. :)

Nak masuk sekolah ni,punyalah susah.
UPSR,sekurang-kurangnya 4A1B.
kena beli borang.
kena isi borang.
kena temuduga(ujian lisan dan bertulis)

pertama kali menjejak kaki di sekolah itu,
'Subhanallah ! sekolah ke apa ni ?"dengan menggeletar tangan,saya kuatkan diri,dan saya melangkah kaki masuk ke tempat ujian.
ujian lisan, disoal tentang tajwid,kena baca al-Quran,kena baca jawi.
ujian bertulis, macam-macam ditanya nye. :)

Alhamdulillah,akhir tahun 2008,dapat tahu result siapa yang layak masuk MMP untuk sesi 2009.dan,Alhamdulillah,saya salah seorang insan terpilih untuk menuntut ilmu dibumi Maahad.

kelas,
2009 ---> 1 Perdagangan 5 dengan keputusan peperiksaan akhir tahun 13A 4B 4C.
2010 ---> 2 Ekonomi 4 . Saya menduduki peperiksaan PMRU.Alhamdulillah, 10A .
nak tahu ?tahun ini(2010) adalah tahun terakhir adanya peperiksaan PMRU. :)
2011 ---> 3 Khadijah 4 . Peperiksaan penentuan,PMR. Alhamdulillah,saya mendapat 8A 1B.
sekarang, 2012 ---> 4 Aisyah 1 ,bakal mengambil peperiksaan SMU.
nak tahu ? kalau ambil SMU ni,tak payah pergi kursus kahwin. :)
insyaAllah, 10 Mumtaz (angan-angan dan impian)
tahun depan,2013 ---> SPM :)

Ya ! dibumi Maahad, saya mengenal erti ukhuwah Islamiah,mengenal erti usrah,mengenal erti tarbiyah,dakwah dan segala-galanya.





                                                                        


Itulah.perjalanan persekolahan saya,yang termasuk dalam perjalanan hidup saya. :)

Tuntut ilmu itu wajib,kan ?
Jadi,rajin-rajinlah.
dan orang yang menuntut ilmu tu,akan sentiasa didoakan Malaikat dan akan dipermudahkan jalannya menuju keJannahNya.

Wallahu'alam.

M.A.T.A.H.A.R.I,
SiMujahidahCilik.

Friday, 7 September 2012

Coretan Kedua

Assalamualaikum wbt.


: satu cerita tentang saya,
: disekolah tercinta,
: kejadian yang tidak akan dilupakan oleh saya,
: sampai bila-bila.

29 Ogos 2012 (Rabu)

Babak 1 ,

Beberapa orang dhobitoh(pengawas sekolah)mengetuk pintu dan memasuki kelas 4Aisyah1.
Mereka bertemu dengan guru yang sedang mengajar ketika itu,guru matapelajaran Ekonomi Asas.

Saya dan beberapa orang kawan berbisik sesama sendiri,
"Ado spotcheck ko?"
"Jolow bekalih"
Masing-masing sibuk dengan diri mereka sendiri.

Saya : "Aku ado bawok bendo haram dok eh ?serow takd0p" bisik aku kepada diri sendiri.
So, relakslah dan bersabarlah. Risau jugak.

Babak 2,

Para dhobitoh menyuruh kami meletakkan dompet dan jam di atas meja masing-masing dan menyuruh kami ke hadapan kelas.
Kami menurut, termasuk saya.

Dalam kepala saya duk fikir , "Agak2,jam aku tu kena rampas tak eh?Tak kot.Sebab dah hampir 4 tahun dah aku pakai jam tu,takde pulak dhobitoh or ustazah tegur"

Babak 3,

Kami dicheck segala macam pada diri kami sendiri,
kami kena tanggalkan tudung(time tu pintu,tingkap tutup rapat,semua yang ada dalam kelas,semua perempuan,almaklumlah,sekolah semua perempuan),kena tanggalkan kasut dan stokin.
Kami menurut.
Bila selesai,kami kena duduk dibelakang kelas.

Babak 4,

Saya melihat seorang dhobitoh menge'cek' dalam beg,bawah meja saya.dan cek jam kat atas meja saya tu.Saya dah risau sebab dhobitoh tu duk tengok2 jam saya,kemudian,dia memanggil seorang dhobitoh yang lain sama ada jam itu perlu dirampas atau tidak.
Saya dah mula risau, "Jam aku kena rampas ke,jam aku nak kena rampas ke ?"

Dhobitoh itu mengangguk,tanda jam aku harus dirampas.

Saya hampir nak menangis.Dalam kepala duk soal ,"kenapa tiba2 jam ni kena rampas pulak ?dah lama dah aku pakai jam ni"

Babak 5,

Selepas lebih kurang 45 minit, para dhobitoh itu keluar untuk membawa barang2 'rampasan' ke unit disiplin.
Saya tak dapat nak menahan diri lagi,lalu ke tandas dan menangis sekuat hati.
Tenangkan diri sendiri,Sabarlah duhai hati.
'Macammane aku nak cakap kat mak,kakak2 dan abang2 aku nanti...'
dan menangis lagi..


Balik rumah,
saya menceritakan segala-galanya kepada mak ,abang dan kakak2ku.
Mereka bertanya saya, "Macammane boleh kena rampas pulak?Dah 4 tahun dah awak pakai jam tu kan?Esok pergi mintak !!"
Saya, "Mana orang tahu..."


Setiap hari mak,kakak dan abang ku bertanya, 'dah dapat ke belum jam tu ?'
Saya diam.
"Kalau tak dapat lagi esok,orang(abang dan kakakku)pergi sekolah minta balik jam tu"
"Tak payahlah ! Awak orang duk tanya pasal jam tu,lagi la orang tertekan ! "
Geram.

Seminggu selepas tu, 5 September 2012(Rabu)
saya memberanikan diri untuk ke unit disiplin berjumpa dengan ustazah.Ada seorang sahabat sekelas saya menemani saya.

Saya,"Ustazah,saya nak minta balik jam saya yang kena rampas haritu ,boleh tak ?"
Ustazah, "Bakpo boleh kena rampas pulok?Biasanya kalu barang hok kena rampas,tak boleh pulangkan smula.."
Saya, "Jam saya tu mungkin besar skit daripada 50 sen,tapi,saya dah pakai jam tu hampir 4 tahun,ustazah..takdop orang pernah tegur pun"
Ustazah, "Tak boleh ."
Saya , hampir menangis.
Ustazah,"Erm,takpolah masuk dulu,nati nak tengok setara mano jam awk tu"
Saya dan ustazah masuk ke bilik unit disiplin.
Ustazah, "Erm,tak besar mano jam awak ni..besar jam orang lain lagi.Takpolah,ambiklah jam ni" .Ustazah menghulurkan jam kesayangan saya itu.
Saya,"Betul ke ni ustazah? terima kasih"
Ustazah, "Hom."
Saya pun dengan hati yang gembiranya pulang semula kekelas dengan membawa jam kesayangan saya itu.
Alhamdulillah.

Apabila pulang ke kelas, saya pergi mengambil wudhu' untuk solat Zohor.
Usai solat, air mata tak dapat lagi ditahan.
mengalir membasahi pipi.
Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah.
Jam aku dapat kembali. :)


#Saya serik dah nak pakai jam tu ke sekolah.
Jam kesayangan saya,hadiah daripada abang saya.Hadiah dapat 4A1B mungkin dalam UPSR.
#Saya tak nak langgar peraturan sekolah.Saya takut.Peraturan Allah,lagi saya takut nak langgar.
#Setiap kejadian tu,pasti ada hikmahnya.
#Dia...mengajar aku erti kesabaran dan tawakal kepada Dia.

terima kasih,Ya Allah.

*gambar jam,nanti saya taruk,insyaAllah. :)


M.A.T.A.H.A.R.I,
MujahidahCilik.



Thursday, 6 September 2012

'Rompakan' Ketiga

Assalamualaikum wbt.

: 'Rompakan' ketiga ini,
: membuat saya mencari,
: siapa sahabat yang sejati,
: yang sentiasa berada disisi,
: ketika susah dan senang,
: dan sentiasa membawa saya,
: mendekati Ilahi,
: bukan yang menjauhi saya dariNya.


Hayati setiap kata-kata ini ! JOM !


*KISAH TENTANG KAWAN BAIK*

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.









# Saya cuba untuk menjadi kawan yang baik kepada kawan-kawan dan sahabat-sahabat saya.Mungkin tidak.
Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya,yang tidak menyenangi dengan diri saya.Saya cuba untuk memperbaiki diri.insyaAllah. :) Terima kasih sebab jadi sahabat saya.Jasa anda,amat saya hargai,dan saya tak tahu bagaimana nak balas. 


Nak kenal sama sahabat-sahabat maya saya ?
Yang mengajar saya banyak perkara. :)

NORKATINI ,
dia,mengajar saya erti kepercayaan dan kejujuran dalam persahabatan.
NURUL FATIN FATHIAH,
dia,mengajar saya erti kepentingan mempunyai sahabat dalam kehidupan.
NURKHALIESAH,MUTMAINNAH,
mereka,mengajar erti saya kasih sayang dalam persahabatan.
NURIN SYAHIDA,
dia,mengajar saya erti ketabahan.
MUHAMMAD ILHAMI,MUHAMMAD ALIF.
mereka,mengajar saya erti sebuah persahabatan,tentang hati.tentang diri.

Nak kenal sama sahabat-sahabat dirumah saya ?
Mereka adalah ahli keluarga saya yang tercinta.

Nak kenal sama sahabat-sahabat disekolah saya ?
Mereka, tidak terkira. :)


KELUARGA,SAHABAT,SAUDARA,
Hingga Ke SyurgaNya.
Saya Sayang Kalian kerana ALLAH SWT~


M.A.T.A.H.A.R.I,
MujahidahCilik.





'Rompakan' Kedua

Assalamualaikum wbt.

Segala Puji Bagi Allah,Tuhan Semesta Alam,Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Yang Menguasai Hari Pembalasan. ^^

: kata-kata ini,
: diambil dari fb,
: seorang ukhti,
: yang saya tidak kenali.
: apa-apa pun,
: kata-katanya menusuk dihati,
: buat mereka yang ingin,
: menjadi muslimah solehah yang sejati.

JOM kita hayati !

# Muslimah sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.
Muslimah sejati tidak dilihat dari tangannya yang selalu membawa Al – Qur’an, tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan k
andungan Al – Qur’an tersebut.

# Muslimah sejati tidak dilihat dari tundukan matanya ketika interaksi, tetapi bagaimana dia mampu membentengi hati.

# Muslimah sejati tidak dilihat dari komitmennya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.

# Muslimah sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Robb di luar aktiviti solatnya.

# Muslimah sejati tidak dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman – teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar-Rahman Ar-Rahiim.

# Muslimah sejati tidak dilihat dari rutin dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak apa titisan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud

# Seorang muslimah sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di sebaliknya.

# Muslimah sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya.

# Muslimah sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan tetapi dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.

# Akhwat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

# Muslimah sejati bukan dilihat dari kefasihan berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya dia berbicara.



# Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya.

# Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalan tetapi dilihat dari kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.

# Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauhmana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.











Siapa nak jadi muslimah sejati,
yang sentiasa diredhai Ilahi ?
awak, si pembaca ?

Jom ! insyaAllah. :)




M.A.T.A.H.A.R.I,
MujahidahCilik

'Rompakan' Pertama

Assalamualaikum wbt.


: bila difb,
: saya mencari-cari mangsa untuk 'dirompak' ayatnya sendiri,
: baca punya baca,
: tertarik hatilah saya dengan ayat seorang hamba ALLAH ini,
: saya 'rompak' ayat ya saudara,
: kita kongsi-kongsi.

ayatnya berbunyi begini,

#pakaian tak menunjukkan seseorang itu baik, tp org baik SELALUNYA utamakan kekemasan (MENUTUP AURAT)#

Yes ! nice statement.

maksud ayat sebelum tanda koma ;
*orang yang memakai pakaian yang sopan itu tidak semestinya baik.setiap manusia itu ada kelebihan dan kelemahannya masing-masing.jadi,kita tak boleh nak label terus,orang ini,pakaian sopan,baju labuh,tudung labuh,pakai kopiah,pakai jubah,baik.orang ni pakai seluar ketat,free hair,pakai baju entah gambar apa itu,jahat.takboleh.setiap orang tu pasti akan berubah.jika itu kehendaknya dan kehendakNya.dan penilaian itu semua yang benarnya,hanya dimata Allah*

maksud ayat selepas tanda koma ;
*tapi kan,orang yang baik tu,akan sentiasa menjaga auratnya dengan kemas,rapi dan sopan,akan sentiasa menjaga akhlaknya,tingkah lakunya dan lain-lain dengan baik.betul tak ?takkanla orang yang baik tu,nak pakai seluar ketat,baju adik,baju yang entah gambar apa,tulisan apa tu.kan ?*





ha! jadi ?

Kita kan orang Islam,kita kena la jadi orang yang baik,beriman dan beramal soleh.
orang yang baik tu,salah satunya,kena menjaga kekemasan dirinya.tak boleh pakai baju compang-camping,rambut kusut-masai,biar kemas,boleh ? insyaAllah,sama-samalah kita. :)
kalau saya ada salah,tolong tegur. arigatou gozaimas.


MujahidahCilik,
M.A.T.A.H.A.R.I




Coretan Permulaan

Assalamualaikum wbt.


: ayat-ayat ini dicipta sendiri,
: entah dari mana saya dapat idea ini,
: tapi,yang saya tahu,semuanya Allah yang beri,
: dan saya menge'post'nya difb,
: ramai juga yang like post saya ini,
: tapi,saya tidak perlukan semua itu lagi,
: yang saya perlukan,hanya redha Ilahi.
: mungkin sekelumit cuma,
: tapi,insyaAllah,menusuk dihati,
: dan dijiwa insan yang ingin cuba mencari,
: cinta yang hakiki,
: yakni cinta Ilahi.

- KITA HAMBA -

Adakah kita seorang hamba ?
Na'am ! Kita Hamba.
 Kita Hamba kepada siapa ?

Na'am ! Kita Hamba kepada Yang Maha Esa.
Dia yang menciptakan kita,
Dia yang memberikan segalanya kepada kita,
Dia yang menghidupkan kita,
Dia yang akan mematikan kita.

Namun,kerana itu kita digelar manusia.
manusia, yang sering.....sekali lupa.

Jadi,ingin sekali saya ingatkan,

Kita bukan hamba kepada manusia,
Kita bukan hamba kepada nafsu semata,
Kita bukan hamba kepada syaitan durjana,
Kita bukan hamba kepada cinta makhluk didunia.


# Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk berbuat ibadat #

berusahalah untuk memuhasabah,memperbaiki diri kita.

M.A.T.A.H.A.R.I,
MujahidahCilik